Dengan kata-kata pun tidak dapat ku jelaskan ribut di benakku
ingin diluahkan tapi lebih mudah jika ia kekal disitu
dan kerana Engkau Ya Allah yang Maha Mengetahui
pasti mengetahui apa yang tersimpan di dalam
aku mahu melakukan 'itu' insyaAllah
tapi 'penglihatan' ku kabur
lalu aku memohon padaMu ya Rabbi
agar Kau kuatkan hatiku yang lemah
agar Kau teguhkan pendirianku yang goyah
agar Kau bimbing mindaku yang sering lupa
agar Kau bantu aku didik diri & hati yang degil
agar Kau tunjukkan jalan yang lurus
terima kasih Ya Allah
amin...
1 comments:
moga dipermudahkan kawan!
Post a Comment